Farah 'Adila
Girlies in De House ♥
refresh profile fav blog recipes tips review



established 2011
FROM A GIRL TO A LADY
FROM SINGLE TO MARRIED ☺
Alhamdulillah Allah bawa awak kesini untuk berkenalan dengan saya . Terima kasih ☺

FOR ANY COLLABORATION, REVIEW AND ADVERTORIAL CONTACT ME AT
✓ email: syadila11@gmail.com
✓ whatsapp: 0182894220
✓ ig : @farahadila96






SPM 9A
MASUK U
SPA (KKM)
KERJA TETAP
KAHWIN



terbang dengan cathay pacific airlines sekarang !


Hai Assalamualaikum

Bulan 3 dah nak dekat , and korang tahu apa ada pada bulan 3 ? CUTI SEKOLAH AKAN TIBA !! yeayyy tak sabarnya nak pergi holiday bersama family . yang dah ada anak inilah masanya bawa anak-anak bercuti .


Sekarang ni nak melancong cukup mudah . banyak jenis pengangkutan yang kita boleh pilih . dan pilihan terbaik untuk perjalanan yang selesa ialah PESAWAT ! setuju ? iyelah , korang nak ke luar Negara takkan nak naik kereta betul tak ? dalam Negara pun lebih jimat masa dan tenaga jika naik flight .


Cakap pasal flight, korang semua mesti tahu sekarang ni banyak sangat syarikat penerbangan yang kita boleh pilih. Contohnya MAS (Malaysia Airlines), Firefly, Malindo dan lain lain. Tapi korang tahutak sekarang ni ada satu lagi syarikat penerbangan yang baharu ? memperkenalkan CATHAY PACIFIC AIRLINES. Bunyi mewah kan ? hehee


MACAMANA NAK BELI TIKET ?


Ada dua cara. Senang sahaja . pertama, korang kena pergi ke kaunter tiket dan beli tiket kemana korang nak pergi . kat mana ye kaunter  tiket ? ada kiosk yang boleh dilawati . korang google kiosk Cathay Pacific Airlines yang berdekatan dengan anda ataupun boleh beli di lapangan terbang .


Tapi korang nak cara yang lagi senang ? cara kedua adalah BELI ONLINE ! kan semua di hujung jari sekarang . tak perlu susah susah menghadap jem dan cari parking semata mata nak beli tiket . Cuma layari laman web CATHAY PACIFIC AIRLINES dan masukkan butiran peribadi. Pastikan maklumat lengkap tau. Kalau korang nak tahu, beli online lagi murah berbanding beli di kaunter. Lagipun sekarang dorang ada buat promosi . boleh lah gunakan peluang yang ada . nanti masa korang nak beli tiket online sila clear cache dulu okay ? kalau korang visit website , korang akan Nampak websitenya sangat simple dan mudah . reka bentuknya pun cantik. Sedap mata memandang. Dan yang paling penting , korang nak cari apa pun senang . tak serabut .kalau korang nak pilih bahasa boleh pilih di sebelah kiri atas. Kalau nak log in boleh tekan sebelah kanan atas. Ingat, kalau nak beli korang mesti sign up dulu ye . cara menempah, hanya perlu lock date, pilih berapa ramai orang, lapangan terbang mana korang pergi dan mendarat. Sememangnya menempah tiket penerbangan di laman web Cathay Pacific Airlines memang mudah !







Dalam laman web tersebut juga ada banyak promosi yang dorang buat . so korang takkan terlepas peluang jika selalu log in .tawaran promosi ini termasuklah ke Hong Kong, Taipei, Beijing, Seoul, Tokyo dan Osaka. Ini adalah antara Negara yang paling luar biasa untuk melawat yang korang memang tidak boleh terlepas. Untuk menempah tiket ke Tokyo korang boleh tekan link ni ye flight to Tokyo. oh ye, harga tambang istimewa untuk kelas ekonomi hanya RM1556. Kalau lebih suka kelas perniagaan kadar khasnya adalah RM4715 semua-dalam. Cepat korang grab flight ke Tokyo ni sementara ada promosi. Berlepas dari KLIA dan mendarat ke Lapangan terbang Antarabangsa Narita.


Di bahagian bawah laman web korang boleh pilih untuk melanggan newsletter untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini dari Cathay Pacific Airlines.


Tak rugi kalau dapat pergi Tokyo . sebabnya sampai sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita sendiri boleh buat korang rasa sangat puas hati. Ianya sangat unik, mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan mereka menawarkan beberapa elemen lain untuk keselesaan kita semua. Contohnya korang penat setelah beberapa jam di flight, korang boleh berehat di Narita Lounge Wa. Korang perlu menuju ke terminal 2 dan nikmati kerusi selesa dan sofa berbaring. Mereka juga mempunyai hotel kapsul sendiri hanya 1000yen/jam. Kalau lapar pula boleh naik ke tingkat 4 di terminal 1 untuk menikmati sushi dan lain lain masakan jepun yang lazat. Jika mempunyai masalah pertuturan dengan warga tempatan boleh muat turun aplikasi NariNAVI di AppStore atau Google Play dan korang juga boleh uruskan tiket penerbangan dengan menggunakan app yang sama.




Boleh buat tempahan sekarang di Cathay Pacific Airlines dan nikmati harga istimewa !


RESEPI : buttermilk chicken


Hai Assalamualaikum

santai petang semua ☺️ buat apa petang petang panas terik ni ? nak keluar rumah pun tak lalu . panas Allahuakbar .so kita santai santai di rumah sambil makan kurma 😁


kenapa banyak sangat ni yunk oii ?? hehee ni sebab hari yang lepas lepas farah asyik skip so harini makan banyak banyak . eh boleh pulak camtu ! hahaa kalau ikut mak farah memang dia suka sangat buat macamni . especially bab ubat . "semalam tak makan kan . harini makan double" . sebab ni kot anak anak dia macam overdose je perangai memasing 😂 pls korang jangan ikut ye 😆
#pregnancy6weeks ❤️

so harini farah masak BUTTERMILK CHICKEN nyummm 😋 actually dah banyak kali farah buat lauk ni cuma yelah masa tu kan kita tak teringat pulak nak share sini . so meh farah share resepi BUTTERMILK CHICKEN ....

BAHAN - BAHAN
🌷 isi ayam potong kecil kecil
🌷 tepung goreng ayam readymade (farah guna brand NONA)
🌷 bawang putih, bawang besar dicincang
🌷 daun kari dan cili
🌷 buttercup / marjerin (farah guna marjerin adela)
🌷 susu cair / susu full cream (act farah lebih suka susu full cream dutch lady, lebih sedap)

CARA - CARA


🌹first korang goreng dulu ayam yang dah salut dengan tepung . farah just salut macamtu je, tak guna telur . lekat juga tepung nye 😊
🌹dah siap goreng, put aside and potong bawang dan sediakan bahan lain

🌹panaskan buttercup/marjerin . act buttercup is half of marjerin so tak ape kalau guna marjerin pun . sama juga .or maybe buttercup lebih sedap . and lebih mahal 😆 so terserah nak pakai apa pun okay
🌹tumis bawang bawang ,daun kari dan cili hingga naik bau je tau . 
act yang paling penting dalam ni is DAUN KARI . selain bagi bau naik , rasanya pun lebih sedap . so pls jangan skip tak letak daun kari kayyy
🌹masukkan susu sedikit dan juga sedikit air . yang ni korang kena tahu la berapa banyak kuah korang nak . plus kalau suka kuah banyak just banyak banyakkan air dan susu lah sebab bila kita masukkan ayam kuah akan tersejat .so akan jadi sedikit 
🌹perasakan dengan garam / serbuk black pepper 
🌹last masukkan ayam .ayam tu masukkan semasa dah sejuk sebab nanti ayam jadi lembik pulak kena kuah .

DONE ! 😊

SELAMAT MENCUBA 

with love,
faradilaa ❤️

Labels: , , , , , , , , , ,